Tuesday, January 5, 2010

nasihat lukman al hakim kepada anaknya;wahai anak ku apbila perutmu penuh dengan makan maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu.semua anggota mu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusanya,di mana hati yang bersih itu dan kehalusanya.hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat(MENGADAP ALLAH)dan mafaat berzikir(ingat kepada allah) wahai anakku,kalau engkau kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak banyaknya,maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya"wahai anakku enkau ikutlah ketika orang membawa jenazah,dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan.kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau.akan kesudahan hidup mu dari dunia yang fana ini.sementara majlis perkahwinan akan menbangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan kamu merasa bahawasanya senang dengan kehidupan dunia"wahai anakku aku sudah memikul batu batu yang besar,aku juga sudah mengangkat besi besi yang berat,tetapi aku tidak pernah merasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya"wahai anak ku aku sudah pernah mengalami penderitaan dan macam macam kesusahan dan kepayahan.tetapi belum pernah aku mengalami penderitaan yang lebih payah dan lebih susah dari menanggung hutang"wahai anakku aku sudah merasa segala benda benda yang pahit,tapi aku belum pernah merasa sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan

 

No comments:

Post a Comment